Thursday, November 18, 2010

notice :)

Di kala hati MERINDU, pujuklah hati,
Sesungguhnya yang layak menerima rindu ku

dan sebaik-baik pengubat rindu,
hanyalah pada mu Tuhan.
Aku yakin dengan merindui Mu,
Kau pasti menerima rindu ku.
Sedangkan jika aku rindukan manusia,
belum tentu dia rindukan aku..



Di kala hati TERLUKA DAN KECEWA,
kehilangan sesuatu yang disayangi,
pujuklah hati
Tuhan, hanya Engkau yang layak aku cintai,
walaupun aku cintakan manusia,
manusia akan pergi.
Kalau aku cintakan dunia,
dunia pasti rosak, malah rosakkan aku.
Tapi sekiranya aku mencintai Mu,
pasti selangkah ku rapat pada Mu,
seribu langkah Engkau rapat pada ku.


Di kala hati merasa SEDIH DAN PILU,
berpisah dengan yang disayangi,
ubatilah hati...ajaklah hati berkata:
..Ahhh, aku hanya berpisah dengan manusia,
bukankah Tuhan masih ada,
untuk aku gantungkan hati ku.
Sesungguhnya hanya pada Mu sahaja tempat aku
mengadu.
Tuhan, terimalah hati hamba-hamba Mu ini



Di kala hati MERINTIH,
kerana menerima ujian dan dugaan,
didiklah hati:
Tuhan, memang aku layak menerima kesusahan
dari Mu,
kerana hati ini banyak berdosa pada Mu,
juga sering mengulangi kesilapan dulu.
Aku pasti ya Allah!
Ujian dan kesusahan ini,
mengundang hikmah dan iktibar buat ku, tanda
kasih sayang Mu


Tuhan
Aku tak pasti bagaimana penerimaan Mu,
di kala mendengar rintihan hati ku ini.
Bukan tidak redha dengan ujian dan kesusahan ini,
namun sekadar ingin mengadu pada Mu.
Aku yakin Kau tak mungkiri,
pada wahyu yang Kau nuzulkan,
Kau berjanji akan menerima pengaduan hamba
Mu.


Ya Allah..
Kurniakanlah aku cinta Mu,
dan cinta orang yang cinta pada Mu,
dan cinta orang yang cintakan kekasih Mu,
yang hampir kepada Mu,
dan jadikanlah cinta itu,
yang boleh aku dambakan.